Aku gembira bila kau tersenyum,aku sedih milihat kau bermurung,aku kecewa bila kau berduka dan aku menangis melihat kau terseksa. PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN..dua perkara yang selalu ada dalam setiap manusia yang mempunyai perasaan.Sayang akan sahabat sehingga sanggup berkorban demi melihat dia gembira,sayang akan percintaan sanggup bergadai demi mahu melihat dia sentiasa disisi kita.Tahukah kamu tak semua pengorbanan itu mahukan pembalasan?Cukup lah sekadar menghargainya.Kadang-kadang persahabatan boleh bertukar kepada percintaan.Mengharapkan ia akan lebih sempurna dan kekal.Satu harapan yang disangka akan tercapai.Harapan yang muncul dari kata-kata yang ditabur.Taburan kata-kata yang penuh keyakinan.
Penahkah kau fikir jika semua harapan itu musnah?Apakah yang akan terjadi?Kau akan kehilangan segala-galanya.Tiada lagi sahabat dan tiada lagi cinta.Akhirnya bertukar menjadi derita.Derita bukan kerana putus cinta tetapi derita kerana putus persahabatan.Semua hilang,tiada lagi layanan mesra seorang sahabat,tiada lagi kegembiraan yang diberi dari seorang sahabat tetapi hanya air mata yang mengalir yang diberi okeh seorang sahabat.
Kau yang bernama Sahabat jangan lah kau bertukar menjadi Percintaan.Aku tak sanggup kehilangan seorang Sahabat yang aku amat memerlukan.